Jesus – Dongeng atau Fakta

17-10-09

Segala puji bagi Allah yang Maha Esa, Dia tiadalah anak dan juga tidak diperanakkan. Dialah pencipta alam semesta yang Maha Kuasa dan memenuhi sifat-sifat Tuhan, tiada kelemahan. Sesungguhnya tiada yang setanding dengan-Nya!

Megikut agama kristian, Jesus merupakan seorang nabi dan juga Tuhan. Baginda diutuskan untuk menebus dosa, manusia keseluruhannya. Mengikut agama kristian lagi, setiap manusia mempunyai dosa yang diwarisi oleh Adam dan Cain and Abel (Qabil dan Habil). Apabila Jesus disalib, maka terhapuslah dosa manusia, bukan sahaja kristian, tetapi seluruh umat manusia.

Islam menyebut bahawa Jesus (Isa A.S.) merupakan seorang manusia biasa yang diutuskan oleh Allah yang Maha Esa sebagai seorang nabi dan juga rasul. Tidak lebih daripada itu. Baginda adalah rasul terakhir yang diutuskan kepada Bani Israel. Islam percaya ada berlakunya proses penyaliban, tetapi itu bukan Jesus. Orang yang disalib itu adalah hawariyyun (anak-anak murid dan pengikut) Jesus yang ditukarkan muka serupa dengan wajah Jesus. Orang tersebut ditukarkan muka kerana berlaku khianat dengan memberitahu tempat persembunyian Jesus sewaktu diburu orang Yahudi.

Persoalannya, Jesus itu dongeng atau fakta?

Kalau kita sebagai seorang manusia yang mempunyai kewarasan akal fikiran, cuba kita fkirkan kenapa Jesus diutuskan?

Bible mengatakan bahawa Jesus diutus sebagai Anak Tuhan yang berfungsi sebagai penebus dosa seluruh manusia. Tuhan Bapa mengutuskan Jesus untuk menebus dosa seluruh manusia.

Kenapa Tuhan Bapa tidak mengampunkan terus dosa seluruh manusia sedangkan Dia boleh melakukan demikian? Mengapa Dia perlu mengorbankan Tuhan yang lain? Jikalau begitu, kenapa semasa Jesus dilahirkan baginda tidak terus disalib? Mengapakah Tuhan boleh dibunuh dengan tangan manusia?

Sahlah, Jesus seorang manusia!!!

Jika diberitahu Jesus sebagai penebus dosa, pastilah pengikut Jesus membunuhnya sejak awal lagi kerana apabila Jesus dibunuh maka terhapuslah segala dosa mereka.

Tetapi Jesus boleh menyembuhkan penyakit sopak, orang yang buta dan menghidupkan yang mati!

Itu sebenarnya kami sebagai umat Islam mengakuinya. Tetapi Jesus tidak pernah katakan yang ianya dilakukan oleh dirinya. Ianya datang daripada Allah. Nabi Muhammad pun pernah diberi mukjizat oleh Allah iaitu membelah bulan, pergi ke Palestin dari Mekah dalam satu malam, berjumpa dengan Allah dan sebagainya.

Mengapa Allah memberikan mukjizat kepada para rasul dan nabi?

Dia memberikan mukjizat kepada para nabi dan rasul sebagai keterangan kepada sesiapa yang ingkar. Sudah berapa kali Bani Israel menolak nabi mereka??? Nabi Zakaria digergaji hidup-hidup dalam sebatang pokok akibat perbuatan Bani Israel (Yahudi), Nabi Yahya dibelah otak oleh Bani Israel juga kerana kedua-duanya melarang Raja Herodus berkahwin dengan anak saudaranya. Ingat tak lagi apa yang Bani Israel buat kepada Jesus dalam satu temasya Asyura. Bani Israel menghalau Jesus kerana mengharamkan berjual beli di kawasan gereja. Oleh kerana kedegilan Bani Israellah Allah memberi Jesus mukjizat yang melebihi para nabi dan rasul yang lain.

Oleh kerana sebab mukjizat-mukjizat yang menyerupai sifat ketuhanan itulah, kaum Nasrani menganggap Jesus sebagai Anak Tuhan. Tetapi pada hakikatnya, Jesus merupakan seorang nabi dan rasul yang bernama Isa Al-Masih, dan bukannya sebagai seorang Tuhan.


Islam???

17-10-09

Islam??? Mungkin ada antara kita yang masih tidak tahu apa itu Islam sebenar, atau mungkin tidak tahu apa yang syumul dan sempurnanya Islam. Ada segelintir orang yang menganggap Islam itu hanyalah agama yang diturunkan oleh orang tua mereka. Mereka itu sama sahajalah dengan orang jahiliyyah Mekah. Apabila mereka (orang jahiliyyah Mekah) diajak untuk memeluk Islam, mereka mengatakan: “Bagaimana kami nak memeluk Islam sedangkan nenek-moyang kami melakukan apa yang kami lakukan…”. Jadi Islam itu bukanlah sekadar agama keturunan tetapi Islam itu adalah Din iaitu cara hidup seorang muslim berpandukan kitab Allah dan sunnah kekasih-Nya, Nabi Muhammad S.A.W. Turunnya agama Islam, maka terhapuslah segala agama-agama samawi (agama daripada Allah yang diturunkan kepada Nabi Daud, Musa (Moses) dan Isa (Jesus)) yang terdahulu.Kami (Muslim) tidak menganggap kaum-kaum lain sebagai sesuatu yang perlu dihapuskan. Tetapi kami menganggap mereka sebagai saudara kami kerana kita semua merupakan cucu-cicit Adam Alaihissalam.

Habis itu, kenapa pejuang Taliban menyerang Amerika? Satu soalan yang baik… kenapa??? Sebenarnya Islam tidak menyuruh orang Islam menyerang orang bukan Islam yang tidak bersalah…  tetapi Islam munyuruh umatnya untuk menjalinkan ukhuwah bersama orang bukan Islam. Pejuang Taliban itu salah faham akan konsep jihad yang sebenarnya… Sebenarnya Islam tidak menyuruh begitu… Islam adalah agama kedamaian dan cintakan kasih-sayang. Kalau seseorang penganut Islam mencuri, adakah ia dikatakan berasal daripada agama yang dianutinya??? Semestinya tidak!!! Maksudnya di sini, Islam tidak menyuruh pejuang Taliban menyerang Amerika, tetapi pejuang-pejuang itu sendiri yang menggunakan dalil jihad itu sebagai satu alat untuk menyerang Amerika. Jihad hanya berlaku antara askar dengan askar. Tidak boleh membunuh wanita, bayi, orang tua, orang yang tidak berupaya, orang atau askar yang meletak senjata (menyerah diri) dan orang yang berada di dalam rumah yang berkunci dalam berjihad atau menakluki sesuatu kawasan. Now you see, betapa cantiknya dan indahnya Islam. Selain itu, askar Islam dilarang membakar rumah-rumah orang awam, rumah-rumah ibadat, kebun-kebun dan ladang-ladang dan menebang pokok. Nampak tak betapa Islam menjaga adab-adab dalam berjihad…

Jadi segala fitnah atau tohmahan-tohmahan yang mengaitkan Islam dengan agama radikal atau ganas itu sebenarnya satu pembohongan. Agama Islam adalah agama kedamaian dan tidak menyampaikan risalah suci daripada Allah dengan menggunakan mata pedang. Tujuan kita menakluki sesuatu kawasan yang bukan Islam sebenarnya adalah untuk menjaga rakyat yang Islam dan yang bukan Islam di bawah pemerintahan Islam yang adil. Selama rakyat bukan Islam membayar jizyah (cukai yang dikenakan kepada orang bukan Islam yang berada dalam negara Islam), selama itu jugalah rakyat bukan Islam dilindungi. Bagaimana tempoh pemerintahan Islam di Andalusia (Sepanyol) yang bertahan lebih 200 tahun adalah bukti pemerintahan Islam yang adil yang menarik hati rakyat Andalusia untuk memeluk Islam. Ruginya orang Islam apabila negara tersebut jatuh ke tangan Ratu Isabella selepas zaman kejatuhan kerajaan Andalusia.


Ahmad Deedat talk about -Trinity-

17-10-09

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.