Surah Al-Fatihah (Surah Pertama-The First Surah)

Al-Fatihah (Surah Pertama-The First Verse)

Setiap apa yang kita lakukan mestilah mempunyai sesuatu sebagai pembukaan. Jika hendak mengambil makanan di dalam peti sejuk tentunya perlu membuka peti sejuk itu dahulu sebelum boleh mencapai makanan yang dikehendaki. Begitulah juga dengan Al-Quran yang menjadi kitab suci Muslim. Al-Fatihah yang bererti ‘Pembukaan’ itu adalah sebagai surah yang pertama dalam Al-Quran dan juga merupakan doa yang dibaca dan diulang sebanyak lima kali sehari. Hidup ini perlu kepada pergantungan kepada Allah yang Maha Esa dan yang Maha Kuasa. Mengikut mazhab Hambali, Maliki dan Shafi’e, Al-Fatihah merupakan surah yang wajib dalam setiap ibadah solat sama ada solat yang wajib atau yang sunat. Tetapi mengikut mazhab Hanafi, Al-Fatihah merupakan sesuatu yang sunat dibaca dalam solat. Semua mazhab ini tergolong dalam Ahli Sunnah Wal Jamaah dan tidak salah kerana mereka berpandukan ayat-ayat Al-Quran dan Al-Hadis (As-Sunnah). Surah Al-Fatihah ini mengandungi 7 ayat dan diturunkan di Mekah Al-Mukarramah (Yang Mulia). Kita pergi ke ayat yang pertama surah Al-Fatihah:

1. ‘Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani’

Huraian: Islam mengajar seluruh umatnya untuk melakukan setiap amalan dengan nama Allah. Ini bertujuan untuk mendapatkan keredhaan Allah dalam setiap amalan yang dilakukan. Di Mekah, imam-imam besar di sana tidak menjadikan ayat ini sebagai ayat yang pertama tetapi mengangapnya sebagai sesuatu yang sunat dibaca dalam sembahyang. Ini tidak menimbulkan sebrang masalah dan tidak menjejaskan solat kerana ianya adalah perkara yang furuk (yang bercabang) dan tidak menyentuh aspek akidah dan ketuhanan. Lagipun Islam adalah agama yang fitrah dan ringan untuk diamalkan. Kedua-dua khilaf (pertikaian) ini merujuk kepada dua sumber utama.

2. ‘Segala puji bagi Allah, Tuhan Semesta Alam’

Huraian: Tiada Tuhan melainkan Allah dan hanya kepada-Nya lah segala puji-pujian. Dia lah Tuhan yang menciptakan kita semua dan seluruh alam ini. Dalam konsep doa, kiata hendaklah memuji Allah jika benar-benar ingin doa dikabulkan. Dalam kehidupan seharian juga, jika ingin meminta sesuatu yang berharga daripada orang sekitar kita contohnya kawan, kita mesti akan memujinya dahulusekiranya kita betul-betul ingin barang yang berharga itu. Begitulah dengan Allah. Kita ingin ditetapkan iman tetapi kita tidak meminta kepada-Nya untuk ditetapkan iman kita dan mati dalam keadaan yang beriman. Kita hendaklah memuji dan memuja-Nya untuk endapatkan barangan yang berharga itu (iman dan Islam).

3. ‘Yang Maha Pemurah dan yang Maha Mengasihani’

Huraian: Ini pun merupakan puji-pujian yang mahu doanya dikabulkan. Ada tiga tahap berdoa. Tahap pertama, memuji Allah, Tuhan Maha Kuasa. Kedua, Minta apa sahaja asalkan bukan perkara yang mendatangkan dosa. Antara yang patut kita doakan adalah, minta diampunkan dosa diri, ibubapa, guru-guru dan kaum muslimin seluruhnya, minta Allah merahmati Rasulullah S.A.W., sahabat-sahabat dan ahli keluarga baginda, minta Allah tetapkan iman dan macam-macam lagi. Tahap ketiga berdoa ialah, menyesal dengan dosa yang dilakukan dan minta daijauhi dari seksa api neraka.

4. ‘Yang menguasai Hari Pembalasan’

Huraian: Sebagai seorang Islam, hukum mempercayai Hari Pembalasan atau Hari Akhirat (The Jugdement Day) adalah wajib. Ia tergolong dalam Rukun Iman. Definisi rukun ialah sesuatu yang penting apabila ditinggalkan, maka terhapus dan terbatallah sesuatu yang ada. Jika menolak satu Rukun Iman maka terbatallah iman seseorang itu dan murtadlah ke atasnya. Hukum bagi orang yang murtad adalah memeranginya dan membunuhnya (hukuman dilaksanakan oleh pemerintah sekiranya orang yang murtad itu tidak mahu kembali memeluk agama Islam) kerana mempersendakan agama Allah. Jdi pentingnya bagi hamba-hamba Allah kerana mahu melahirkan rasa rendah diri dan takut akan azab Allah. Dengan sifat-sifat inilah, maka akan terbentuklah peribadi seseorang yang sentiasa berserah di dan bergantung hidupnya kepada Allah Azza wa Jalla. Hari Pembalasan juga merupakan hari di mana pembuktian tentang keadilan Allah yang orang-orang kafir telah dustakan. Dunia ini hanyalah hamparan di mana manusia mencari bekalan untuk dibawa ke akhirat dan bukannya sebagai satu tempat berseronok.

5. ‘Kepada-Mu kami mengabdikan diri kami dan kepada-Mu lah kami minta pertolongan’

Huraian: Ingatlah, hanya kepadanyalah tempat pergantungan seluruh manusia kerana hanya dialah yang berkuasa menentukan sesuatu dan menjadikan sesuatu. Tiada pertolongan-Nya kepada orang yang mensyirikkan-Nya kerana Dia Maha Esa. Pertolongan hanya daripada yang maha Kuasa dan Allah lah yang Maha Kuasa. Kalau kita lihat konsep ‘trinity’ yang diamalkan kristian, kita dapat lihat yang konsep itu merupakan sesuatu yang menghina Allah yang Maha Suci. Kita dapat lihat ketika Isa yang dianggap sebagai salah seorang Tuhan telah melakuan perbuatan manusia seperti makan, minum, tidur, berjalan dan sebagainya. Itu hanyalah membawa kemurkaan Allah.

6. ‘Tunjukkanlah kami jalan yang lurus’

Huraian: Kami dalam ayat ini bukanlah ditujukan hanya kepada Muslimin, tetapi kaum-kaum yang beragama lain. Betapa Islam sayang akan kaum yang lain selain Islam. Nabi Muhammad S.A.W. sendiri pernah mendoakan orang-orang di Ta’if yang pernah membaling batu, menghalau dan menghalang dakwahnya di negeri itu. Agama Islam untuk semua, bukan untuk satu bangsa. Allah pernah berfirman, “Dan berdebatlah kamu dengan cara yang paling baik”. Jangan berasa bangga yang kita yakin kita telah berada di jalan yang lurus, tidak mustahil Allah matikan kita dengan su’il khatimah (kematian yang mengaibkan).

7. ‘Jalan yang Engkau beri nikmat ke atas mereka, dan bukan jalan yang Engkau murkai atas mereka, dan bukan pula jalan yang sesat’

Huraian: Mintalah kepada Allah agar ditetapkan hati ini di atas jalan orang-orang yang diberi rahmat dan nikmat ke atas mereka dan jauhkanlah hati ini daripada mengikut jalan yang menyimpang dari agama-Mu ini iaitu jalan orang yang Kau murkai ke atas mereka dan jalan-jalan yang sesat iaitu jalan syaitan-syaitan yang menghasut.

Inilah surah Al-Fatihah yang menjadi ummul kitab dan ummul Quran (ibu kitab dan ibu Quran) yang menjadi doa seorang Muslim yang mengerjakan solat lima kali sehari. Senjata yang paling utama umat Islam ialah doa. Walaupun berdoa beribu kali tetapi tidak nampak hasilnya, teruskan berdoa kerana doa adakalanya, lambat dimakbulkan, adakalanya, digantikan sebagai penolak musibah dan adakalanya, pahala doa itu sendiri akan dikumpul dan dipaparkan di hari akhirat nanti. Orang yang melihat pahala doanya akan berkata, lebih baik doa aku itu dikumpulkan di akhirat daripada dikabulkan di dunia.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: