Faktor-faktor Perpecahan dan Kemunduran Dalam Kehidupan Kaum Muslimin.

Menurut As-syahid Imam Hassan Al-Banna dalam bukunya Syarah Usul 20, faktor-faktor perpecahan dan kemunduran kaum Muslimin merujuk kepada dua aspek utama. Aspek yang dikatakan adalah:

1. Faktor-faktor dari luar dunia Islam.

2. Faktor-faktor dari dalam dunia Islam yang berpunca daripada umat Islam itu sendiri.

Adakalanya sebab yang pertama disandarkan kepada sebab yang kedua dan ada ketikanya sebab yang pertama tidak disandarkan kepada yang lain, sebaliknya hanya terbatas pada salah satu faktor sahaja.

Faktor-faktor dari Luar Dunia Islam

Terdapat banyak faktor yang menyebabkan mereka hidup berpuak-puak dan berpecah-pecah serta menghadapi ancaman dari luar. Menurut Imam Hassan Al-Banna, sebahagiannya berpunca daripada ikatan setia negara-negara barat – warisan tentera salib dan serangan mereka ke atas kaum Muslimin – untuk menghapuskan agama dan umat Islam; atau melenyapkan kesatuan dan kemajuan kaum Muslimin; ataupun menghalang kaum Muslimin dari berpegang dengan manhaj mereka sendiri iaitu Al-Quran dan As-Sunnah.

Sumpah setia Yahudi di timur, barat, utara, selatan bersama kristian barat untuk memerangi Islam musuh tradisi mereka; sehinggalah umat Islam menjadi lemah dan hilang kekuatan. Dalam suasana begini, kaum Yahudi berupaya mendirikan sebuah negara di atas tanah Palestin milik umat Islam dan bangsa Arab; ataupun mereka menghalang kesatuan dan pegangan umat Islam agar mereka boleh hidup hasil dari perpecahan dan permusuhan sesama umat Islam.

Golongan barat (pejuang salib) dan Yahudi (Zionis) serta apa yang dikenali dengan Kesatuan Soviet, termasuk juga golongan athies dari Komunis dan Sosialis telah bersumpah setia untuk mencapai matlamat di sebalik sumpah setia mereka, iaitu menyerang Islam dan kaum Muslimin di setiap tempat yang berkemungkinan bangkitnya umat Islam. Mereka juga cuba untuk menghalang umat ini daripada bersatu-padu, lebih-lebih lagi untuk berada dalam satu saf.

Usaha-sama semua semua kekuatan ini di samping kerosakan, kepincangan akhlaq, melepaskan kemahuan syahwat kepada manusia, semua ini dieksport kepada kaum Muslimin yang adakalanya dari barat dan adakalanya dari timur, manakala daripada Yahudi, ia diesksport pada setiap detik. Ini agar kaum Muslimin tenggelam di dalam apa yang Allah haram dan larangkan. Lantas, terus binasa dan menuruti serakah syahwat sehingga mereka tidak lagi bersatu. Inilah di antara motif dan objektif terpenting musuh-musuh yang berada dalam kesatuan atau berpecah-pecah.

Faktor-faktor dari Dalam Dunia Islam yang Berpunca Daripada Umat Islam Itu Sendiri

Menurut Imam Hassan Al-Banna lagi, terdapat banyak faktor dalaman yang menyebabkan timbulnya puak-puak dan berlakunya perpecahan di kalangan kaum Muslimin serta hilangnya kesatuan mereka. Menurut beliau ialah, Lemahnya semangat beragama kaum Musimin dan terlalu bermudah-mydah dengan pegangan dan kewajipan agamaserta adab-adabnya. Mereka memberi tumpuan kepada segala anasir tamadun barat – sedangkan ia adalah tamadun kebendaan (materialistik) yang terlalu memberi kebebasan kepada insan dalam aspek material – dan meminggirkan tamadun mereka sendir dan anasir-anasirnya. Ramai kaum Muslimin yang terpesona dengan apa yang diwujudkan oleh tamadun barat dari segi pencapaian mereka di sudut kebendaan berbanding kerohanian dan akhlaq; bahkan, dari sudut agama dengan memisahkannya dari kehidupan. Manakala sebahagian kaum Muslimin pula terpedaya dengan propaganda Komunisme dan Sosialisme dengan sangkaan mereka bahawa manusia hidup di bawah prinsip mereka di ‘syurga bumi’ dan manusia hidup berkongsi pada setiap perkara. Tetapi perkembangan semasa telah menyanggah dakwaan mereka apabila dunia menghukum komunis dan sosialis dengan keruntuhan.

Di antara faktor dalaman terpenting ialah penyelewengan sebahagian institusi kerajaan atau pemerintah di kebanyakan negara Islam. Kebanyakan pemerintah dibelenggu hawa nafsu serta hubungan mereka yang mencurigakan dengan kekuatan barat dan timur yang memusuhi Islam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: