Di Sebalik Islam

Islam dan Sejarahnya

Islam berasal daripada Allah Azza wa Jalla yang diturunkan melalui malaikat Jibril dan diberikan kepada nabi Muhammad S.A.W. dan diajarkan kepada seluruh umat manusia. Nabi Muhammad S.A.W. merupakan keturunan nabi Ibrahim (Abraham) Alaihissalam. Nabi Ibrahim mempunyai seorang anak di Palestin iaitu Ishak (Isaac) dan isterinya, ibu Ishak, Siti Sarah. Anak baginda ialah Ismail (Ismael) dan ibunya Siti Hajar telah diperintahkan Allah untuk diletakkan dan ditinggalkan di padang pasir yang tandus iaitu di Mekah.

Ibrahim berkahwin dengan Siti Sarah. Tahun demi tahunberlalu tetapi mereka tetap tidak dikurniakan zuriat. Kemudian Siti Sarah dengan rasa berat hati memberi keizinan kepada suaminya untuk berkahwin dengan hamba mereka, Siti Hajar. Setelah beberapa lama mereka berkahwin, akhirnya Siti Hajar hamil. Ini menambah rasa cemburu dalam hati Siti Sarah. Tidak lama selepas itu, Siti Sarah turut hamil. Akibat rasa cemburu dalam hati Siti Sarah, Allah telah memerintahkan Siti Hajar dan anaknya yang masih bayi itu dibawa dan ditinggalkan di padang pasir yang terletak di Mekah.

Ibrahim yang pada mulanya berasa berat hati untuk meninggalkan isteri dan anak keduanya apabila diperintahkan Allah, akhirnya meninggalkan mereka di padang pasir yang tandus yang tiada apa pun di sana. Bergeraklah Ibrahim dengan anak dan isterinya dari Palestin ke Mekah. Membawa sedikit bekalan dari rumahnya untuk keperluan anak dan isterinya di sana nanti. Siti Hajar pernah sekali bertanya kepada Nabi Ibrahim, “Bagaimana kami hendak hidup dengan keadaan padang pasir yang tandus ini”. Nabi Ibrahim diam sejenak. “Adakah ini perintah Allah?”tanya Siti Hajar. Nabi Ibrahim menjawab, “Ya, inilah perintah Allah Subhanahuataala”. “Jikalau begitu, saya yakin akan datangnya pertolongan Allah sepanjang kami di sini,”tambah Siti Hajar lagi. Sebelum Nabi Ibrahim pulang, baginda membaca sedikit doa seperti yang tercatit dalam Al-Quran , “Dan jadikan negeri ini (Mekah) sejahtera”. Surah At-tin ayat:3. Baginda pun berangkatlah ke Palestin semula.

Selepas kewafatan nabi Ismail, tiada lagi para nabi yang diutuskan kerana penduduk Mekah itu tetap dengan ajaran nabi Ibrahim. Kebanyakan nabi yang diturunkan adalah daripada keturunan nabi Ishak. Tidak hairanlah sekiranya nabi Ibrahim diberi gelaran ‘bapa segala nabi’. Oleh kerana kedegilan Bani Israel, Allah telah menurunkan banyak rasul daripada kalangan mereka. Nabi Musa yang diutuskan dalam kalangan bani Israel telah membawa perkhabaran mengenai seorang nabi akhir zaman yang akan diutuskan. Begitu juga nabi isa yang mambawa perkhabaran yang sama. Kaum Yahudi dan Bani Israel merasakan bahawa nabi tersebut akan diutuskan daripada kalangan mereka. Tetapi sangkaan mereka tidak benar. Allah lebih memuliaka bangsa Arab dan mengutuskan nabi Muhammad S.A.W. sebagai penutup segala nabi.

Pada hari kelahiran nabi Muhammad iaitu pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun gajah, runtuhlah istana kisra Parsi (istana yang berwarna putih) yang tersegam indah dan terpadamlah api Kaum Majusi yang mereka sembah. Dalam kalangan pendeta Yahudi pula, mereka menemui sebuah bintang yang bersinar terang pada hari kelahiran nabi Muhammad S.A.W. Mereka berteriak,”Bintang Ahmad sudah muncul!!!” Aminah yang merupakan bonda nabi Muhammad S.A.W. melahirkan nabi Muhammad dalam keadaan yang senang. Cahaya menerangi kegelapan kota Mekah. Penghulu segala nabi sudah muncul!!!

Nabi Muhammad diangkat sebagai rasul ketika umurnya 40 tahun. Baginda mendapat wahyu pertama di Gua Hira’. Baginda berada di Mekah selama 53 tahun dan kemudiannya berhijrah ke Madinah dan tingal di sana selama 10 tahun. Baginda mengubah sikap penduduk Quraisy Mekah daripada membunuh anak perempuan yang kecil sehinggalah menyayangi dan memelihara wanita. Baginda mengubah sikap Umar Al-Khattab yang bengis sehinggalah sehinggalah beliau menjadi seorang pejuang kebenaran yang lemah-lembut. Nabi Muhammad mengajak dan menyeru kaumnya menyembah Allah yang Maha Esa. Inilah agama yang agung di sisi Allah dan di sisi manusia. Agama yang mengajak kepada ukhuwwah, agama yang mencintai kedamaian, agama yang menanam benih kasih sayang. Kenapa perlu menolak agama ini?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: